Friday, August 11, 2006



Kekecohan di Britain: Bush berprasangka jahat terhadap umat Islam
Fri Aug 11, 06 05:31:58 PM Oleh Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) - Prasangka berterusan terhadap umat Islam seluruh dunia masih bersarang di fikiran Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, yang menunjukkan sikap anti-Islamnya, mutakhir ini dalam kes kekecohan membabitkan lapangan terbang dan pesawat British.
Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, ketika dihubungi, berkata pemikiran Bush yang terus menyalahkan umat Islam apabila berlaku sebarang 'kekecohan' itu tidak boleh diterima sama sekali.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Bush yang mendakwa kononnya komplot meletupkan pesawat semasa dalam penerbangan dari Britain ke Amerika semalam, didalangi oleh 'pelampau' Islam.
Dr Hatta, yang kini berada di Beirut dalam misi kemanusiaannya, menegaskan sikap ini tidak akan dapat membina keyakinan umat Islam terhadap negara Barat, malah lebih mengusutkan keadaan.
Katanya, presiden itu sepatutnya menanti keputusan siasatan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.
Justeru beliau meminta satu siasatan yang bebas, tidak kira sama ada benar atau tidak dakwaan Bush itu, bagi mengungkap kebenaran.
Sementara itu, Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamarudin, berkata kenyataan Bush itu memberi gambaran buruk terhadap umat Islam di seluruh dunia.
"Bush sepatutnya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu. Beliau perlu menunggu hasil siasatan sebelum berbuat demikian," tegas beliau.
Semalam, satu komplot untuk meletupkan pesawat udara semasa dalam penerbangan dari Britain ke Amerika, berjaya dipatahkan kerajaan British dengan pemeriksaan rapi ke atas penumpang.
Operasi keselamatan itu dilancarkan 13 bulan selepas empat pengebom berani mati warga Britain membunuh 52 orang dan mencederakan kira-kira 700 lagi dalam rangkaian pengangkutan di sana. - lanh

Tuesday, August 08, 2006


Seronoknya dapt berkenalan dengan mereka2x ni.....

Sunday, August 06, 2006

Kita di lahirkan bersih...


Alunan Munajat Berkumandang,
Menusuk Pesada Jiwa,
Bergemarlah Suara Azan,
Mendayu Memuji Ilahi.

Kemana Hilangnya Kesedaran,
Hilang Takwa Runtuhnya Iman,
Jiwa Dicemari Kealpaaan,
Kegelapan Menemani Insan.

Gemersik Bak Desiran Ombak,
Membelah Badai Menghempas Pantai,
Begitulah Perjuangan Ini,
Perlu Teguh Iman Dan Ukhwah.

Bagai Abid Merintih Sayu,
Merintih Memohon Restu,
Mengharapkan Penuh Syahdu,
Didalam Alunan Munajat.

Istiqamah Dan Perindahkan,
Dalam Menegak Kalimah Yang Suci,
Semoga Bersinar Kembali,
Fajar Gemilang Di Ufuk Hati.

Thursday, August 03, 2006

sayu pergi tak kembali


Mujahid ulung!!!!! Inilah dia wajah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.......

Tuesday, July 25, 2006

salam

under constraction